Sunday, February 20, 2011

PERANAN MEDIA ISLAM DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT ISLAM

Halo3...Assalamualaikmun w.b.t...

Media massa merupakan suatu keperluan dalam kehidupan manusia masa kini, kerana ia dapat memainkan peranan yang sangat penting bagi mempertingkatkan kefahaman tentang Islam, menyalurkan maklumat terkini perkembangan dan kehidupan umat Islam serta memfokuskan perhatian masyarakat tentang isu-isu tertentu yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Islam sejagat.

Para sarjana komunikasi Barat seperti Schremm, Lasswell, Lerner telah mengemukakan pelbagai peranan yang dapat dimainkan oleh media massa dalam masyarakat. Ia boleh dikategorikan sebagai:
i. Pemberitahu dan pengawal persekitaran.
ii. Penggalak perbincangan dan pendorong perubahan.
iii. Agen sosialisasi serta penyalur budaya dan nilai.
iv. Penghibur.

Dalam konteks komunikasi Islam yang mempunyai ruang lingkup yang lebih luas tentang media, telah menetapkan bahawa peranan media Islam mestilah selari dengan peranan agama Islam itu sendiri. Namun demikian, dalam menghadapi realiti semasa umat Islam dan cabarannya, peranan media informasi Islam ditumpukan kepada lima aspek terpenting iaitu:

1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
2. Mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
3. Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.
5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.

Media dan Penyebaran Maklumat Keagamaan
Dalam realiti kehidupan umat Islam kini di manapun mereka berada, di negara masyarakat Islam atau bukan Islam mereka pasti berdepan dengan perkembangan dunia telekomunikasi atau media komunikasi yang dianggap sebagai arus perdana yang sukar dihalang bahkan arus tersebut berubah menjadi suatu keperluan dalam sistem kehidupan semasa dan berkembang menjadi suatu cara hidup moden.

Tuesday, February 15, 2011

HALANGAN DAN JENIS MEDIA DALAM KOMUNIKASI ISLAM

ASSALAMUALAIKUM..
Bertemu ya kita skali lagi..hehe
Terima kasih kepada semua followers saya kerana tak jemu-jemu membaca blog saya dan menanti post yang selanjutnya..
Sokongan anda semua amat dihargai..

Mengikut urutan yang ustaz saya bagi, saya sepatutnya menerangkan tentang halangan dan jenis media dalam komunikasi Islam..
Itulah tajuk saya pada kali ini..
Jangan ingat tak dak halangan naa dalam komunikasi nie..
Banyak taw halangan yang ada dan saya akn mengeluarkan satu persatu halangan komunikasi.

Untuk memastikan komunikasi berjalan lancar, Islam mengajar kita supaya mendisiplinkan diri agar tidak melakukan tindakan yang ditegah oleh Islam ketika berkomunikasi. Antara halangan komunikasi ialah:

1. Mengutuk orang.
Semua orang mesti pernah buat kan acara mengutuk orang nie..silap haribulan..open table paa klu bab2 nk kutuk orang nie..xbaik taw dk kutuk orang lain pasai Allah memang melaknat perbuatan nie..udah2 la tue kumpul dosa..kumpul pahal skit la..bg sma berat ngn dosa xpon lbih cket dr dosa tue..

2. Memperkecil-kecilkan orang.
Bnda nie pon kita xleh wat jgak..Apa hak kita nk memperkecil2kan orang len??Sedangkan PENCIPTA kita pon xwat mcm nie..kita plak yg dok mlebih2 mmperkcikkan org len..

3. Membocorkan rahsia orang.
Haa..yg nie lg 1 stuasi yg slalu trjadi..Member punya la pecaya kat kita habaqpasai rahsi adia..Tapi kita dok p canang kt orang len plak pasai rahsia dia tue..mcm nie ka kwn??

4. Mengumpat orang.
Nie pon sma ligat  juga ngn no 1 td..klu bleh elak2kan la..xdpt apa pon wt aktiviti nie..Keja dapat dosa ja..Lagipon nie la halangan dalam komunikasi..klu xdak benda nie kn sng kita nk berkomunikasi ngn org len..

5. Memuji berlebihan.
Memuji berlebihan nie ialah puji yg melebih2 daripada benda yg betoi..Just puji untuk amik ati ja..Benda nie pon slalu jgak terjadi..cantik cket ja puji..cantik cket ja puji..org yg dpuji pon..pantang kena puji ja..kembang truih..

6. Bertengkar.
Bertengkar besa la iaitu bergaduh mulut..Time bertengkar nie, bnd ayg x sepatutnya cakap pon terkeluaq abis..Ya la..time nie ckp ikot mrah ja..xnmpk dh yg mn btoi n yg mn xbtoi..

7. Bercakap kotor, dan lain-lain lagi.
Bercakap kotor ni ebesala..Semua orang taw tapi benda nie la yang depa dk wat. Mencarut la..Cakap benda lucah la..Kadang tue sambil menunjukkan simbol lucah time dk ckp kotor tue..

Diatas merupakan halangan-halangan komunikasi. Mesti anda pernah melakukan halangan-halangan di atas kan??tambah2 no 1,2,3 dan 4..
Tambah2 kaum hawa..Lagila bergiat aktif dalam bidang halangan komunikasi nie..

Okay..Dah abis pasai halangan dalam komunikasi n lepas nie saya nak cita pasai media komunikasi  Islam.

Apabila memerhatikan proses penyampaian Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W hingga kini kita dapati umat Islam telah menggunakan jenis media sebagai saluran bagi menyampaikan Islam dan dakwah. Di antara media  yang digunakan dalam komunikasi (dakwah) Islam ialah:

1. Al-Quran
 Al-Quran sebagai kitab dapat dikategorikan sebagai sejenis media yang memiliki banyak fungsi       antaranya sebagai informasi, mendidik, pengawasan sosial, memberi petunjuk, nasihat, memberi keyakinan, memperkukuh terhadap pegangan hidup dan sebagainya.

2. Jemaah atau organisasi.
Organisasi yang berfungsi sebagai media meliputi organisasi formal dan informal yang wujud dalam masyarakat Islam seperti organisasi politik, sosial, pendidikan, kebajikan, agama (dakwah), sukan dan rekreasi dan lain-lain.

3.Lisan.
Lisan merupakan media yang paling banyak digunakan dan sangat berkesan dalam menyampaikan  berbagai mesej seperti dalam bentuk pidato, kuliah, diskusi, penerangan agama dan sebagainya.

4. Tulisan.
Dalam proses komunikasi, tulisan merupakan media yang digunakan secara meluas dan diguna pakai dalam berbagai lapisan masyarakat dan dalam berbagai bidang kehidupan.

5. Lukisan atau gambar.
Lukisan atau bentuk gambar merupakan salah satu media komunikasi tertua dalam sejarah kehidupan manusia dan masih berkesan dan penggunaannya tetap meluas hingga hari ini. Sebagai contoh, lukisan atau gambar yang berfungsi sebagai media dapat kita lihat pada cerita bergambar, peta, ukiran gambar, grafik, diagram, statistik dan lain-lain.

6. Perbuatan dan bahasa badan termasuk isyarat.
Ia merupakan suatu penyampaian mesej dengan memperlihatkan perbuatan atau tingkah laku yang mengandungi makna. Contohnya berkomunikasi dengan kaedah isyarat kepada orang bisu dan pekak.

7. Audio - Visual
Audio-visual dianggap sebgai media komunikasi paling berkesan dewasa ini kerana media tersebut merangsang deria pendengaran dan penglihatan secara serentak dan lebih menarik contohnya televisyen, filem, drama dan lain-lain. Melalui media ini maklumat akan menjadi lebih jelas dan lebih mudah untuk difahami serta lebih mudah diikuti.

Friday, February 4, 2011

BENTUK-BENTUK PRINSIP KOMUNIKASI ISLAM

Post yang lalu, sayan menerangkan tentang sumber rujuakn komunikasi Islam kan??
Okay.. Kali nie saya nak menerangkan bentuk-bentuk prinsip komunikasi Islam.
Asas atau prinsip komunikasi Islam telah diamalkan oleh Rasulullah. S.A.W dan para sahabat baginda dalam kehidupan dan etika menyampaikan risalah.

Amalan tersebut perlu dijadikan asas dalam proses komunikasi semasa. Bagi melahirkan insan komunikator yang berpegang kepada ajaran Islam, seharusnya mereka berpegang teguh dengan beberapa prinsip asas komunikasi dalam Islam sebagai dakwah.

Prinsip yang pertama ialah BENAR..
1.BENAR
Benar dalam berkomunikasi boleh diertikan dengan beberapa makna iaitu:
a) Sesuai dengan kriteria kebenaran. Untuk orang Islam, ucapan yang benar tentulah ucapan yang sesuai dengan Al-Quran, Al-Sunnah, dan ilmu. Al-Quran menyindir keras orang-orang yang berdiskusi tanpa merujuk kepada al-Kitab, petunjuk dan Ilmu.

Firman Allah yang bermaksud:
Diantara manusia ada yang berdebat tentang Allah tanpa ilmu, petunjuk dan kitab yang menerangi.
                                                                                                                                             (Luqman: 20)

Prinsip berkata benar ini sangat ditekankan dalam ajaran Islam. Contohnya:
Pertama, Allah menyuruh manusia menyampaikan ucapan yang benar (qawlan sadidan) dalam urusan anak yatim dan keturunan.

"Dan hendaklah orang-orang takut kalau-kalau di belakang hari, mereka meninggalakn keturunan yang lemah yang mereka khuatirkn (kesejahteraannya). Hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan berkata dengan qawlan sadidan.
                                                                                                                                              (al-Nisa': 9)
Kedua, Allah memerintahkan berkata jujur (qawlan sadidan) sesudah taqwa.
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan ucapkanlah qawlan sadidan. Nanti Allah akan membaikkan amal-amal kamu, mengampuni dosa kamu. Siapa yang taat kepada Allah dan RasulNya ia mencapai keberuntungan yang besar.

Qawlan sadidan yang disebutkan pada dua ayat tersebut bererti percakapan yang benar, jujur (staraight to the point), lurus, tidak bohong, tidak berbelit-belit dan jujur. Rasulullah S.A.W bersabda, "Jauhi dusta, kerana dusta membawa kamu kepada dosa, dan dosa membawa kamu kepada neraka. lazimkanlah berkata jujur, kerana jujur membawa kamu kepada kebajiakan dan membawa kamu kepada syurga."

2. Bercakap dengan lemah lembut.
3. Menggunakan perkataan yang baik-baik.
4. Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik.
5. Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan denagn tahap kecerdasan akal pandangan.
6. Berbahas dengan cara yang lebih baik.
7. Menyebut perkara yang penting berulang-ulang kali.
8. Mengotakan apa yang dikatakan.

Perkara-perkara di atas merupakan prinsip-prinsip komunikasi Islam.
Tidak menyusahkan pon prinsip-prinsip tersebut utk kita ikot.
Diharapkan orang ramai yang membaca blog ini dapt mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan.




Tuesday, February 1, 2011

INGIN TAHU SUMBER RUJUKAN KOMUNIKASI ISLAM ??

Kali nie saya nak ceritakan pulak sumber rujukan komunikasi Islam..
Setiap bnda msti ada sumber rujukan kan?? 
Makanan pu mempunyai sumber tersendiri kan??
Jangan katakan makanan, manusia pun mempunyai sumber jugak..
Begitu juga dengan komunikasi dalam Islam..komunikasi dalam Islam juga mempunyai sumber2 tertentu..
Antara sumber-sumbernya ialah Al-Quran Nur Karim..
Al-Quran merupakan sumber yang terbaik kerana jika kita berkomunikasi mengikut Al-Quran, nescaya tiada fitnah yang berlaku dan tiada pertelingkahan.

Disini, saya ingin menyisipkan beberapa ayat Al-Quran tentang komunikasi..

"Hendaklah terdapat sebahagian daripada kamu umat yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kepada kemungkaran dan merekalah orang-orang yang mendapat keuntungan"
                                                                                                                                     (ali-Imran: 104)

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah berkata yang baik atau lebih baik diam. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetamunya".
                                                                                                                                 (Bukhari, Muslim)


Sumber kedua ialah As-Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi.
Selain itu, ulamak-ulamak merupakan penerus pengembangan model komunikasi Rasulullah. S.A.W dan Al-Quran dari semasa ke semasa melalui proses ijtihad dan prinsip dalil qat'i.

Komunikasi Islam merupakan komunikasi bersifat universal meliputi seluruh aspek dalam kehidupan sepanjang hayat umat Islam kerana proses komunikasi Islam tersebut melibatkan:
  • Hablul minal Allah
  • Hablul minal Nas
  • Al-Muhasabah atau berhubung dengan diri sendiri
  • Komunikasi dengan alam


Semua aktiviti komunikasi tersebut dituntut oleh agama kepada seluruh umat Islam secara fardhu Ain dan secara fardhu Kifayah begi memenuhi kepentingan dan kewajipan secara individu dan secara bermasyarakat.

OK..Untuk memudahkan cara kita berkomunikasi..Ikutlah daripada sumber yang betoi..Jangan pakai main cakap ja..nanti banyak masalah pula yang timbul..
yala..ada pepatah mengatakan..kerana pulut santan binasa..
kerana MULUT badan binasa..


              

Monday, January 24, 2011

PENGERTIAN DAN MATLAMAT KOMUNIKASI ISLAM


ASSALAMUALAIKUM..
Arini saya nk explain pasai komunikasi dlm Islam..
Besala..Dh amik mascomm..Kna ckp psai komunikasi ja la..
Dlm Islam kta kena ckp berlapik cket..
Ok..Komunikasi nie berasal dr perkataan Yunani "communicare" yg bererti menjadikan sesuatu milik bersama. Seseorang yg berkomunikasi iaitu yg myampaikan perutusan kpd pendengar dan cuba menjadikan milik bersama...
Pengertian komunikasi menurut istilah konversional ialah penghantaran maklumat melalui saluran tertentu kpd penerima sebagaimana yg djelaskan oleh John Kotter yg megatakan bahawa komunikasi adalah sebagai penghantaran bahan maklumat yg mempunyai mesej tertentu melalui saluran atau media kpd penerima
yg berkenaan.
Berkomunikasi nie aktiviti2 tradisi dlm khidupan dan cara hidup umat Islam..
Zaman dulu dh start komunikasi nie..cm gn bahasa lain ja..
Cara pun lain..Ada yg gna bunyi n ada jgak yg xdak bunyi..
Tp dlm Islam..Kita kna sopan smasa berkomunikasi ngn org lain..
Kna jga ati org lain..xboleh main cakap lepas ja..
Nnti kalau dh 'sentap' org tue..mmg ssh la nk pjuk..
OK..
balik kat cita asal..komunikasi dlm Islam..
Berkomunikasi jugak merupakan sbhagian drpd ajaran Al-Quran dan As-Sunnah
Rasulullah S.A.W terutama dalam urusan dakwah Islamiyah bgi mengajak kpd
perkara yg ma'ruf dan mencegah perkara mungkar...
Selain drpd itu, Islam jgak men ganjurkan agar umatnya,

  • Selalu berdoa kpd Allah.S.W.T.
  • Saling kenal-mengenal antara satu kaum dgn kaum yg lain.
  • Saling memberi nasihat ats perkara kebenaran. (Haq)
  • Berbincang dan menghormati pandangan orang lain, melaksanakan amalan Syuradan berbahas dgn cara yg baik.
  • Memudahkann pertemuan dan percakapan dgn ucapan salam dan sebagainya.
Komunikasi Islam mrupakan komunikasi yg berasaskan nilai2 keagamaan dan terjamin kebenarannya serta membawa keselamatan dlm kehidupan dunia dan akhirat..
Sbb tue kita kna jg percakapan. Sbb bnda nie mmbawa smpai akhirat..
Jgn asyik  mengumpat ja..Jenuh nnti nk kna timbang kt akhirat nanti..
Berat bahu blah kiri plak nnti..
Igt..Kerana mulut badan binasa..
Soo..Jg2 la mlot..klu xdak apa nk ckp..baik dk diam sj atau berzikir lg bguih dr mnmbah dosa..
Sesuatu yg berhubungan dgn proses komunikasi samada prinsip, kaedah,mesej, matlamat, media hendaklah
berasaskan panduan wahyu dan sunnah Rasulullah S.A.W.
Amalan komunikasi tersebut di kira ibadah dlm khidupan Islam..

stakat ini sjalah hujah saya tentang pengertian dan komunikasi Islam..nnti klau ada info tambahan..
saya akan menambah lg dlm post yg baru..
igt..berkomunikasi lah dgn baik..xkira ngn spa pon..
jg ati org len mcm mn yg kita nk org lain jg ati kita..
slalulah berkomunikasi ngn ALLAH S.WT..
iaitu..1 cara ja kita bleh brkomunikasi dengan-NYA..
solatlah..dgn cara itu sahaja yg bleh mmbawa kta berkomunikasi dengan-NYA..


Wednesday, January 19, 2011

CERAMAH SIKIT-SIKIT..

Assalamualaikum w.b.t.. slam perkenalan kpd ssiapa yg bc blog saya nie.. tujuan saya wat blog nie pon sbb da psai..cm bdk2 klas saya ja yg taw psai pa saya wat blog nie..
nm blog nie pon 'ISLAM ITU INDAH'..
SOO..kt cni kita cm ckp psai Islam ja..
xdak gosip2 psai artis atau org len..
blog nie cm tmpt mnmbah phala ja k..
zaman la kn..rmai yg islam pada nma ja..
smyg pon xckup 5 wktu..
saya pon kkdg ja jgak ter'skip' smyg tue..
bkn takat klas ja ter'skip'..smyg pon bleh ter'skip' kn??
clap hari bulan..org yg bc blog nie pon sm kn??
kcuali ustaz ctu saya la..

Zaman la nie..kita bleh tgk..dh byk tnda2 kecil kiamat..
klu takat anak derhaka tue..xpyh ckp la..
rmai yg tengking mak ayh sndri..clap cket ja tengking..
klu p umh org2 tua pon..rmai org melayu..
dl tme kcik2 bleh ja mak ayh bela kita..awt mai besaq kita xleh jg dpa??
xdak msa??dl dpa ada ja msa kt kita..
igt la...apa yg kita wt..msti nnti dpt dpt balasan pnya..
skang nie balasan dpt cash..xdak pkai2 cek nie..
on the spot jgak dpt blsan..
tmbh2la klu buat kt mak ayh..

ok..berbalik pd tnda2 kecil kiamat tue..
kta dpt tgk byk dh bgnan2 pnckar langit..lpas tu saya pernah terbaca
klu si isteri keja 1 tmpat dgn si suami..tp pangkat isteri lbih tggi dr pangkat si suami 
jgak mrupakan tnda2 kecil kiamat..
nk kata bnd tue btoi ka x pon wallahuallam...
tp saya pernah terbaca la..
apa2 pon..kita skrg sdh brada di hujung2 dunia..
maw igt2la akhirat jgak..
jangan asyik dk ligan psai dunia ja..
taw x ligan tue apa??ligan=kejar..
xrmai yg bc blog nie org penang..
lpa lak..

harap2 apa yg tercoret kt sini dapat membuka hati saudara dan saudari..
igt2la ALLAH s.w.t..
DIA segalanya..dri DIA jgak kita datang n dri DIA jgak kta kembali..
igt yaaaa...

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL...