Friday, February 4, 2011

BENTUK-BENTUK PRINSIP KOMUNIKASI ISLAM

Post yang lalu, sayan menerangkan tentang sumber rujuakn komunikasi Islam kan??
Okay.. Kali nie saya nak menerangkan bentuk-bentuk prinsip komunikasi Islam.
Asas atau prinsip komunikasi Islam telah diamalkan oleh Rasulullah. S.A.W dan para sahabat baginda dalam kehidupan dan etika menyampaikan risalah.

Amalan tersebut perlu dijadikan asas dalam proses komunikasi semasa. Bagi melahirkan insan komunikator yang berpegang kepada ajaran Islam, seharusnya mereka berpegang teguh dengan beberapa prinsip asas komunikasi dalam Islam sebagai dakwah.

Prinsip yang pertama ialah BENAR..
1.BENAR
Benar dalam berkomunikasi boleh diertikan dengan beberapa makna iaitu:
a) Sesuai dengan kriteria kebenaran. Untuk orang Islam, ucapan yang benar tentulah ucapan yang sesuai dengan Al-Quran, Al-Sunnah, dan ilmu. Al-Quran menyindir keras orang-orang yang berdiskusi tanpa merujuk kepada al-Kitab, petunjuk dan Ilmu.

Firman Allah yang bermaksud:
Diantara manusia ada yang berdebat tentang Allah tanpa ilmu, petunjuk dan kitab yang menerangi.
                                                                                                                                             (Luqman: 20)

Prinsip berkata benar ini sangat ditekankan dalam ajaran Islam. Contohnya:
Pertama, Allah menyuruh manusia menyampaikan ucapan yang benar (qawlan sadidan) dalam urusan anak yatim dan keturunan.

"Dan hendaklah orang-orang takut kalau-kalau di belakang hari, mereka meninggalakn keturunan yang lemah yang mereka khuatirkn (kesejahteraannya). Hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan berkata dengan qawlan sadidan.
                                                                                                                                              (al-Nisa': 9)
Kedua, Allah memerintahkan berkata jujur (qawlan sadidan) sesudah taqwa.
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan ucapkanlah qawlan sadidan. Nanti Allah akan membaikkan amal-amal kamu, mengampuni dosa kamu. Siapa yang taat kepada Allah dan RasulNya ia mencapai keberuntungan yang besar.

Qawlan sadidan yang disebutkan pada dua ayat tersebut bererti percakapan yang benar, jujur (staraight to the point), lurus, tidak bohong, tidak berbelit-belit dan jujur. Rasulullah S.A.W bersabda, "Jauhi dusta, kerana dusta membawa kamu kepada dosa, dan dosa membawa kamu kepada neraka. lazimkanlah berkata jujur, kerana jujur membawa kamu kepada kebajiakan dan membawa kamu kepada syurga."

2. Bercakap dengan lemah lembut.
3. Menggunakan perkataan yang baik-baik.
4. Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik.
5. Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan denagn tahap kecerdasan akal pandangan.
6. Berbahas dengan cara yang lebih baik.
7. Menyebut perkara yang penting berulang-ulang kali.
8. Mengotakan apa yang dikatakan.

Perkara-perkara di atas merupakan prinsip-prinsip komunikasi Islam.
Tidak menyusahkan pon prinsip-prinsip tersebut utk kita ikot.
Diharapkan orang ramai yang membaca blog ini dapt mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan.




No comments:

Post a Comment