Sunday, February 20, 2011

PERANAN MEDIA ISLAM DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT ISLAM

Halo3...Assalamualaikmun w.b.t...

Media massa merupakan suatu keperluan dalam kehidupan manusia masa kini, kerana ia dapat memainkan peranan yang sangat penting bagi mempertingkatkan kefahaman tentang Islam, menyalurkan maklumat terkini perkembangan dan kehidupan umat Islam serta memfokuskan perhatian masyarakat tentang isu-isu tertentu yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Islam sejagat.

Para sarjana komunikasi Barat seperti Schremm, Lasswell, Lerner telah mengemukakan pelbagai peranan yang dapat dimainkan oleh media massa dalam masyarakat. Ia boleh dikategorikan sebagai:
i. Pemberitahu dan pengawal persekitaran.
ii. Penggalak perbincangan dan pendorong perubahan.
iii. Agen sosialisasi serta penyalur budaya dan nilai.
iv. Penghibur.

Dalam konteks komunikasi Islam yang mempunyai ruang lingkup yang lebih luas tentang media, telah menetapkan bahawa peranan media Islam mestilah selari dengan peranan agama Islam itu sendiri. Namun demikian, dalam menghadapi realiti semasa umat Islam dan cabarannya, peranan media informasi Islam ditumpukan kepada lima aspek terpenting iaitu:

1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
2. Mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
3. Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.
5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.

Media dan Penyebaran Maklumat Keagamaan
Dalam realiti kehidupan umat Islam kini di manapun mereka berada, di negara masyarakat Islam atau bukan Islam mereka pasti berdepan dengan perkembangan dunia telekomunikasi atau media komunikasi yang dianggap sebagai arus perdana yang sukar dihalang bahkan arus tersebut berubah menjadi suatu keperluan dalam sistem kehidupan semasa dan berkembang menjadi suatu cara hidup moden.

No comments:

Post a Comment