Tuesday, February 1, 2011

INGIN TAHU SUMBER RUJUKAN KOMUNIKASI ISLAM ??

Kali nie saya nak ceritakan pulak sumber rujukan komunikasi Islam..
Setiap bnda msti ada sumber rujukan kan?? 
Makanan pu mempunyai sumber tersendiri kan??
Jangan katakan makanan, manusia pun mempunyai sumber jugak..
Begitu juga dengan komunikasi dalam Islam..komunikasi dalam Islam juga mempunyai sumber2 tertentu..
Antara sumber-sumbernya ialah Al-Quran Nur Karim..
Al-Quran merupakan sumber yang terbaik kerana jika kita berkomunikasi mengikut Al-Quran, nescaya tiada fitnah yang berlaku dan tiada pertelingkahan.

Disini, saya ingin menyisipkan beberapa ayat Al-Quran tentang komunikasi..

"Hendaklah terdapat sebahagian daripada kamu umat yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kepada kemungkaran dan merekalah orang-orang yang mendapat keuntungan"
                                                                                                                                     (ali-Imran: 104)

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah berkata yang baik atau lebih baik diam. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetamunya".
                                                                                                                                 (Bukhari, Muslim)


Sumber kedua ialah As-Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi.
Selain itu, ulamak-ulamak merupakan penerus pengembangan model komunikasi Rasulullah. S.A.W dan Al-Quran dari semasa ke semasa melalui proses ijtihad dan prinsip dalil qat'i.

Komunikasi Islam merupakan komunikasi bersifat universal meliputi seluruh aspek dalam kehidupan sepanjang hayat umat Islam kerana proses komunikasi Islam tersebut melibatkan:
  • Hablul minal Allah
  • Hablul minal Nas
  • Al-Muhasabah atau berhubung dengan diri sendiri
  • Komunikasi dengan alam


Semua aktiviti komunikasi tersebut dituntut oleh agama kepada seluruh umat Islam secara fardhu Ain dan secara fardhu Kifayah begi memenuhi kepentingan dan kewajipan secara individu dan secara bermasyarakat.

OK..Untuk memudahkan cara kita berkomunikasi..Ikutlah daripada sumber yang betoi..Jangan pakai main cakap ja..nanti banyak masalah pula yang timbul..
yala..ada pepatah mengatakan..kerana pulut santan binasa..
kerana MULUT badan binasa..


              

No comments:

Post a Comment